Wednesday, October 28, 2009

UiTM Konvokesyen.

Salam..
Alhamdulillah pada 27 Okotober 2009, Selase, bertempat di dewan Seri Budiman Uitm, sume student di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang berjaya menamatkan pengajian, telah selesai menjalani konvokesyen. Malahan, ini adalah sidang terakhir untuk Konvokesyen Uitm ke 71.Maka, kami adalah penutup kepada majlis ini.

Sume penat lelah dan usaha selama 2 tahun pengajian di peringkat Ijazah Foodservice Mgt, adalah berbaloi, selepas menerima skroll dari Naib Canselor Uitm. Itulah hasilnya pengajian kita. Bermula dgn First Class Degree, 2nd Class (upper), dan 2nd Class (lower).sume tu adalah peringkat pencapaian kite semua. Klu anda berada di level 1st class degree, maka anda adalah student cemerlang. Manakala jika di 2nd class (upper) anda juga adalah student cemerlang, tetapi mungkin kurang usaha. dan 2nd class (lower), mungkin menunjukkan anda student yang cemerlang juga..tetapi kurang memberi fokus dan penumpuan.

Majlis konvokesyen bermule apabila para graduan di arahkan berkumpul di bangunan HEP. kat sini, sume graduan di susun mengikut no giliran masing2.lepas je beratur mengikut no giliran, graduan beratur sebelum memasuki dewan Seri Budiman. Konvokesyen kali ini agak berbeza kerana Uitm mengambil langkah berjaga-jaga di atas virus Influenza A, H1N1. Sebelum melangkah masuk, graduan di periksa suhu terlebih dahulu, kemudian diberikan stiker berwarna oren, yg bermakna graduan telah menjalani pemeriksaan suhu dan sihat. Seterusnya, graduan di berikan face mask untuk di pakai ketika melangkah masuk ke dalam dewan. tak lupe juga, mase graduan ingin melangkah masuk, pihak uitm telah sediakan sanitizer yg diletakkan berhampiran laluan graduan.maka, setiap graduan di haruskan memakai sanitizer. So, it means, we are fully protected k..dh check suhu, ade face mask and sanitizer.. Fuh..

Emm..as usual, konvo ni bermule dlm kul 2 lbh setelah sume rombongan ahli terhormat masuk ke dalam dewan. tapi konvo kali ni agak berbeza. Bukan sbb H1N1 shj, tp konvo kali ni, pihak uitm x sebut name graduan. graduan hanya perlu berjalan di atas pentas mengikut no giliran mereka dan mengambil skroll dari naib Canselor.diorg wt cmni pon sbb nk jimat mase. Ye r, ade 1100 org graduan mase tu. plus, mknn untuk ibubapa juga x disediakan kali ni..aku pn xtau knp, tp ape yg aku nmpk, uitm x lg sediakan mknn di depan post office cm selalu. gerai makanan pn xde. sian plak kt family para graduan kerana mereka terpaksa menahan lapar semasa menunggu majlis konvokesyen berakhir.

Ramai jgak r graduan foodservice yg datang.Tp ade ramai gak graduan yg x dapat hadir.(mungkin diorg ade reasons tersendiri knp xdtg.) Antara yg hadir hari tu, ialah Pak Da, Lisa, Ila, Khai, Ain kadir, Ain Ibrahim, Ain Chubby, FAz, Emy Najlaa, Dila, Faezah, Cu-A, Khai, Met, Putet, Huda Sheikh, Rohana and ramai lg yg aku x dpt nk listkan. Anyway, syukur la..sume berjaya gak abeskan degree ni, wpn menghadapi mcm2 pahit getir semasa belajar..kt sini aku ade letakkan sikit gambar semasa konvo untuk tatapan semua.. Enjoy~
























Last but not least, aku nk announce kt sini bahawa post ini adalah post yg terakhir..atas sebab2 yang x dpt dielakkan, maka aku decide nk closed down blog ni..sebelum tu, aku nk susun sepuluh jari andainye aku ade wt salah @ terkurang sepanjang mengendalikan blog ni, ataupun secara tidak langsung menyinggung mane2 individu..pada sape2 yg berminat nk meneruskan blog ni, sile r inform aku sebelum 1st december 2009..lps dari tarikh tu, aku akan close blog..sayornara..

Wednesday, October 14, 2009

Istiadat Konvokesyen ke 71


Makluman untuk semua student HM222,B.Sc (HONS) Foodservice Mgt, giliran konvokesyen anda adalah pada 27 Oktober 2009, sidang ke-20, bermula pukul 12tghri. Manakala tarikh pengambilan jubah dan raptai adalah pada 23 Oktober 2009. Harap maklum.

sume jgn lupe dtg ye.. :-P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages